Tuesday 23 October 2018

PROGRAM KLINIK AL-FATIHAH

BERTEMPAT DI MAKTAB MAHMUD KUALA MUDA
PUSAT PENGAJIAN ASASI,UNISHAMS
AMBILAN JUN 18/19
KUMPULAN D














DONE #1





Alhamdulillah selesai segala perjuangan bagi semester 1.. terima kasih yaa semua kawan2 yang sentiasa dengan aku.. susah senang kita lalui sesama.. apa2 pon tahniah laa semua dapat harungi dengan kesabaran.. selamat maju jaya gaiss.. moga allah rahmati kaliannn 


#PKAF




Friday 10 August 2018

#Throwback Part 1

"Gambar perjumpaan Alumni MMKM Batch 00 dengan warden ASPURA pada Ramadhan 2018"

SELAMANYA~

Depa ni laa yang palingggggg aku rindu sebabnya kami bersama selama 5 tahun dalam menepuh liku2 perjalanan yang penuh dengan rintangan dan halangan.. Alhamdulillah kesudahannya .. Allah berikan kejayan kepada kita yang tidak disangka-sangka.. Terima kasih sebab pernah tolong aku masa aku susah..

Banyak sangat jasa yang hampa buat demi keutuhan ukhwah kita.. moga allah balas dengan balasan yang setimpal atas usaha kita.. Rindu tu jangan cakap laa.. walaupun jumpa sat jaa.. tapi dia punya feel tu hanya allah jaa yg tahu.. huhuhu.. banyak sgat2 kenangan yng pernah kita cipta.. sedih,gembira,riang,tawa.. byak sgat weh., tak terhitung

Bila dah masuk alam universiti ni.. mulaa laa sibuk dengan tugas masing2.. macam dalam gambo tu..Kett takdak .. sebabnya dialah orang yang terawal masuk IPT.. Rasa tk lengkap bila tk cukup org ni..

Bila dah jumpa ramai2 ni.. mula laa pakat throwback kisah-kisah silam.. yang lawak,sengal,senoi .. semua laaa.. Tak akan habis kalau nk crita.. sebabnya setiap orang ada pendapat dan pendirian sendiri..

bila pi asrama tu .. mula laa nak buat benda2 yang dulu2 otai pernah buat.. hahahahah.. kononnya otai yang berpengalaman laaa.. tapi kantoi gak macam mana pon.. letak laa kat mana pon.. bila ada lagi yang lagi otai.. mmg kena laaa kitaaa..

banyak sangat yg aku nak luah sebanaqnya.. tapi berperingkat laaa yerrr..

AYUHLAH SAHABATKU

 Allah hadirkan kepada kita kawan-kawan untuk menceriakan hidup tatkala kita diuji dengan kesedihan,kemurungan dan tekanan.. merekalah menjadi tempat untuk kita mengadu dan meluahkan sesuatu selain ibu bapa di rumah.. pilihlah kawan yang mampu menjadikan diri kita sebagai hamba allah yang sentiasa ingat kepadaNYA .. jangan kita jadi kawan yang memusnahkan impian dan harapan kawan kita sendiri.. jangan kita yang ikut cara orang.. tapi biarlah depa yang ikut kita.. dengan cara kita yang paling terbaik yang pernah kita lakukan.. biarlah nak dianggap apa pon.. jadilah kita sebahagian manusia yang mampu mebimbing sahabat ke arah kebaikan
 tatkala dirimu diuji.. maka ingatlah bahawa allah itu maha adil dan tidak akan membebankan hambanya selain ujian yang mampu dipikul oleh dirinya sendiri.. maka jalan yang utamanya .. senyumlah walaupon pahit.. walaupun dihina , dikeji dan segala perbuatan yang menjatuhkan kita.. anggaplah ianya sebagai satu ujian yang allah bagi untuk menaikkan darjat kita sebagai seorang hamba yang lebih bertakwa.
ketika mana allah berikan rezeki padamu.. jangan pernah melupakan sahabatmu yang selalu melawak dan meriangkan hatimu.. tanpa mereka .. sunyilah kehidupan kita sebagai seoarang pelajar yang masih lagi dalam suasana menuntut ilmu. hargailah mereka saat mereka masih bersama kita.. jangan bila dah tiada baru dikenang
gurauan kasar tu adalah perkara biasa dalam kita bersahabat.. jadi bila mana adanya perbalahan diantara kita.. cepatlah rendahkan egomu .. beralah diantara kamu supaya ketegangan yang memuncak akan kembali kendur dek kerana egomu mampu diatasi.. Allah hadirkan kawan-kawan ni bertujuan untuk mematangkan kita dalam pergaulan... mungkin bila dilihat secara menyeluruh mungkin dianggap biasa.. tetapi bila diteliti.. rupa-rupanya banyak faedah dan kelebihannya.. contohnya kta dapat tahu perangai sebenarnya sama ada mengjengkelkan,menyusahkan dan sebagainya.. jadi berkawanlah sehingga mampu dianggap sebagai sahabat yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk sahabatnya di dunia dan akhirat...

Bila dah dapat kawan baru nii.. barulah terbuka sikit minda kita dalam berfikir hikmah dan kelebihan allah jadikan manusia ni berbangsa dan berpuak-puak.. Subhanallahh..

Dalam kita berbicara, sudah semestinya wujud perselisihan sama ada dalam perkara yang baik mahupun buruk... Tapi ingatlah bahawa , semua yang berlaku itu ada hikmahnya yang tersendiri.. tipulah kalau berkawan tak bergaduh,tak terkasar bahasa dan sebagainya.. semua itu terjadi kerana dengan pengalaman itulah kita akan mengingati kawan2 yang pernah kita sakiti , disakiti dan lebih pada itu.. jadikanlah persahabatan itu sebagai hubungan diantara kita jika diri kita memerlukan bantuan,pertolongan dan nasihat..

Friday 16 February 2018

GERBANG TARBIAH ISLAMIAH

Alhamdulillah,selesai sudah kem GTI SMA NAHDZAH yang ingin melahirkan "JILU RABBANI" demi melahirkan ulama yang profesional seiring dengan matlamat sekolah.. Pelbagai rintangan yang menghadapi kami selaku urusetia program.. iaitu pada mulanya ramai pelajar yang memilih untuk tidak mahu hadir atas alasan yang tidak munasabah .. tapi hari demi hari dengan iringan doa barisan urusetia .. alhamdulillah , Allah hadirkan hidayah dan inayah untuk sama-sama menjayakan program ni.. Ingatlah , tujuan sebenar kami adakan kem ini untuk menjadikan antum semua generasi rabbani ... yang mampu mendidik dan dalam masa yang menjadi pendidik bagi mereka yang tidak terdidik .. dengan adanya program ni juga, bertujuan untuk melatih menjadi pemimpin di usia muda supaya tidak gentar dengan cabaran dunia yang kian mencabar... tidak lupa jgak dengan kekuatan ukhwah yang dibina dari awal program hingga akhir.. Kami barisan urusetia menaruh harapan yang tinggi untuk melihat perubahan yang bakal antum semua lakukan demi kebaikan NAHDZAH pada masa yang akan datang...

Dan tak lupa juga untuk semua urusetia yang bertungkus lumus untuk menjayakan program.. urusetia yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi menjayakan serta memenuhi hasrat para assatizah di bumi NAHDZAH .. Tahniah pada smuanya yang menjayakan program ni dengan kesabaran dan kekuatan mental dan fizikal.. walaupun ada diantara kita yang hanya MAMPU berkata dibelakang tapi didepan diam membisu dan bukan setakat bisu ,membatu terus.. Moga2 Allah meredhai segala keringat dan usaha kita dengan memberikan ganjaran pahala yang dijanjikan.. biarlah kita tidak berjaya di mata manusia tapi cukuplah kita berjaya sisi Allah .. Kita sebagai pejuang di medan pendidikan, bukan setakat belajar menjadi amanah kita, tapi benda yang seperti ini juga menjadi amanah bagi kita kerana ianya tidak keluar dari konteks pendidikan .. jadi jalankan ia seperti biasa.. jangan pernah menganggap perkara ini remeh .. ini juga membantu kita dalam kerjaya serta kejayaan kita .. jangan sebab perkara yang kita anggap remeh ini,menjadikan kita sebagai manusia yang sombong dan angkuh dalam keadaan kita tidak sedar .. Ingatlah , kejayaan bukan setakat bagi mereka yang pandai dalam pelajaran sahaja tapi mestilah mengimbanginya dengan sama rata... Moga Allah merhai segala perjuangan kita dan mengampuni segala dosa kita.. Allahummaamin ..

-شباب اليوم رجال غد-
GERBANG TARBIAH ISLAMIAH
2018
GTI

Friday 19 January 2018

KEM BINA SAHSIAH 2017

Alhamdulillah.. 'Ala kullihal selesai satu perjuangan yang penuh dengan cabaran,ujian yang perlu ditempuhi dengan kesabaran tahap paling maksima.. Allah pertemukan kami dalam satu pertemuan selama 7 hari.. yang perancangannya .. subhanallah.. sangat hebat.. satu pertemuan yang mengajar kami erti ukhwah,asam garam kehidupan,kepentingan anak muda Dan pelbagai lagi.. Dihidangkan kepada kami pelbagai ujian2 yang perlu dihadapi oleh anak muda pada masa ini.. Dengan adanya anak muda yg mampu memimpin .. Insya Allah .. Dunia baru Islam bakal tertegak Di muka bumi ini .. Kem yang mengajar kami erti kesabaran Dari segala kesusahan Dan kepayahan dalam menjalani liku-liku kehidupan.. Terima kasih untuk semua sebab Terima diri ini dengan seadanya.. Dan juga kepada fasilitator yang banyak membantu Dan membimbing kami walaupun diuji dengan pelbagai ujian .. Terima kasih sangat sebab memahami kami .. Terima kami dengan seadanya serta berkongsi pelbagai ilmu untuk kami.. Doakan kejayaan kami semua.. Dan DOA kami juga bersama fasi2 semua.. Semoga Allah merahmati perjuangan kita.. Allahhumma Amin.. #KBS2017 #MUJAHID#KBS_TERBAIK #UNIT_AMAL

Pergiku membawa diri....

Alhamdulillah legasi maahadku tidak hanya berhenti di separuh jalan .. tetapi ku bawa bersama ke SMA NAHDHOH,BUKIT BESAR.. Pengalaman demi pengalaman ku cari dan ku tempuhi demi memenuhi hasrat aku sebagai da'ei.. Ku mencari dan menimba ilmu di tempat yang baru,suasana yang baru,kawan yang baru.. Alhamdulillah , Allah temukan aku dengan kawan-kawan yang memahami dan kata orang sporting ,take care .. haaa macam tuu laaa.. sama macam geng2 maahad.. ni aku kongsi skit gambar .. walaupun aku tak dak.. tapi insya allah .. semangat aku sentiasa dengan depaa.. huhuhu   ...  Ni dia  STAM 2018

TAMATLAH AKU SEBAGAI PELAJAR MAAHAD

Pada 23/11/2017 tamatlah riwayat aku sebagai penuntut ilmu di bumi maahad yang penuh dengan keberkatan,suasana yang mengajr aku kepelbagaian cara serta teknik untuk aku menempuhi kehidupan sebagai seorang da'ie.. Alhamdulillah.. terima kasih buat guru-guru yang mengajar aku,yg tak pernah jemu melayan karenah anak muridnya yg kadang kala menjadi-jadi dan keterlaluan

Thursday 18 May 2017

😔 #Ngaji... Teks khutbah imam Masjidil Haram tentang bahayanya media sosial, ia panjang tapi bacalah pelan2, MUSIBAH AKHIR ZAMAN?

Imam Masjidil Haram Asy-Syaikh Su’ud Asy-Syuraim ketika membaca khutbah Jumaat beliau berkata:
"Adakah kita tidak melihat perubahan dalam hidup kini setelah masuknya Whats App, Facebook, Instagram dan lain-lainnya dalam kehidupan kita?
Hal ini merupakan ghazwul fikri (perang pemikiran) yang menyerang akal, namun sangat sayang kita telah tunduk padanya dan kita telah jauh dari deen Islam yang lurus dan dari zikir kepada Allah Ta'ala.
Kita telah menjadi penyembah-penyembah dan penagih Whats App, Twitter, Facebook, Youtube, Instagram dan seangkatan dengannya.
Kenapa hati kita menjadi keras? Itu akibat seringnya kita melihat video yang mengasyik dan melalaikan dan juga kejadian2 yang di share di Whats App.
Banyak perkara pelik-pelik dan hiburan di sana sini yang melalaikan.
Hati kita kini mempunyai kebiasaan yang tidak lagi takut pada sesuatu pun. Oleh itu hati mula mengeras seperti batu.
Kenapa kita berpecah belah dan kita putus tali persaudaraan?
Kerana kini silaturrahim kita hanya melalui Whats App saja, seakan-akan kita bertemu di alam maya sahaja setiap hari.
Namun bukan begini tata cara bersilaturrahim dalam agama Islam. Kita bongkak dengan diri kita, teknologi di hujung jari kita ada.
Kenapa kita sangat sering mengumpat, padahal kita tidak sedang duduk dengan seorang pun.
Itu kerana saat kita mendapatkan satu message yang berisi ghibah (umpatan) terhadap seseorang atau suatu kelompok, dengan cepat kita sebar ke group2 lain.
Dengan begitu cepatnya kita mengghibah (mengumpat), sedang kita tidak sedar berapa banyak dosa yang kita dapatkan dari hal itu setiap hari.
Sayang sungguh, kita telah menjadi penagih teknologi ini.
Kita makan, handphone ada ditangan kiri kita. Kita duduk bersama teman-teman, HP ada di genggaman.
Suami-isteri tidak bertegur. Isteri lupakan kebaikan suami. Terlalu sibuk dengan handphone di tangan.
Berbicara dengan ayah dan ibu yang wajib kita hormati, akan tetapi hand phone ada di tangan pula.
Sedang memandu, HP juga di tangan. Hinggakan anak-anak kita pun telah kehilangan kasih sayang dari kita, kerana kita telah berpaling dari mereka dan lebih mementingkan handphone.
Aku tidak ingin mendengar seseorang yang memberi pembelaan pada teknologi ini. Kerana sekarang, jika sesaat saja HP kita tertinggal betapa kita merasa sangat kehilangan.
Adakah perasaan seperti itu ada juga pada ketika solat dan tilawatul Quran?
Adakah kita yang mengengkari hal ini? Dan siapakah yang tidak mendapatkan perubahan negatif dalam kehidupannya setelah masuknya teknologi ini pada kehidupan seseorang muslim dan setelah menjadi ketagih?
Demi Allah, siapakah yang akan menjadi teman kita nanti di kubur? Apakah Handphone?
Mari kita sama-sama kembali kepada Allah, jangan sampai ada hal-hal yang menyibukkan kita dari tanggungjawab dan agama kita.
Kita tidak tahu berapakah sisa-sisa umur kita.
Jangan disembunyikan nasihat ini, agar tidak menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu.
Semoga handphone yang kita miliki adalah wasilah (alat) untuk kebaikan dan bukan wasilah dalam keburukan.
Wallahu a'lam...