Friday 16 February 2018

GERBANG TARBIAH ISLAMIAH

Alhamdulillah,selesai sudah kem GTI SMA NAHDZAH yang ingin melahirkan "JILU RABBANI" demi melahirkan ulama yang profesional seiring dengan matlamat sekolah.. Pelbagai rintangan yang menghadapi kami selaku urusetia program.. iaitu pada mulanya ramai pelajar yang memilih untuk tidak mahu hadir atas alasan yang tidak munasabah .. tapi hari demi hari dengan iringan doa barisan urusetia .. alhamdulillah , Allah hadirkan hidayah dan inayah untuk sama-sama menjayakan program ni.. Ingatlah , tujuan sebenar kami adakan kem ini untuk menjadikan antum semua generasi rabbani ... yang mampu mendidik dan dalam masa yang menjadi pendidik bagi mereka yang tidak terdidik .. dengan adanya program ni juga, bertujuan untuk melatih menjadi pemimpin di usia muda supaya tidak gentar dengan cabaran dunia yang kian mencabar... tidak lupa jgak dengan kekuatan ukhwah yang dibina dari awal program hingga akhir.. Kami barisan urusetia menaruh harapan yang tinggi untuk melihat perubahan yang bakal antum semua lakukan demi kebaikan NAHDZAH pada masa yang akan datang...

Dan tak lupa juga untuk semua urusetia yang bertungkus lumus untuk menjayakan program.. urusetia yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi menjayakan serta memenuhi hasrat para assatizah di bumi NAHDZAH .. Tahniah pada smuanya yang menjayakan program ni dengan kesabaran dan kekuatan mental dan fizikal.. walaupun ada diantara kita yang hanya MAMPU berkata dibelakang tapi didepan diam membisu dan bukan setakat bisu ,membatu terus.. Moga2 Allah meredhai segala keringat dan usaha kita dengan memberikan ganjaran pahala yang dijanjikan.. biarlah kita tidak berjaya di mata manusia tapi cukuplah kita berjaya sisi Allah .. Kita sebagai pejuang di medan pendidikan, bukan setakat belajar menjadi amanah kita, tapi benda yang seperti ini juga menjadi amanah bagi kita kerana ianya tidak keluar dari konteks pendidikan .. jadi jalankan ia seperti biasa.. jangan pernah menganggap perkara ini remeh .. ini juga membantu kita dalam kerjaya serta kejayaan kita .. jangan sebab perkara yang kita anggap remeh ini,menjadikan kita sebagai manusia yang sombong dan angkuh dalam keadaan kita tidak sedar .. Ingatlah , kejayaan bukan setakat bagi mereka yang pandai dalam pelajaran sahaja tapi mestilah mengimbanginya dengan sama rata... Moga Allah merhai segala perjuangan kita dan mengampuni segala dosa kita.. Allahummaamin ..

-شباب اليوم رجال غد-
GERBANG TARBIAH ISLAMIAH
2018
GTI