Friday 10 August 2018

#Throwback Part 1

"Gambar perjumpaan Alumni MMKM Batch 00 dengan warden ASPURA pada Ramadhan 2018"

SELAMANYA~

Depa ni laa yang palingggggg aku rindu sebabnya kami bersama selama 5 tahun dalam menepuh liku2 perjalanan yang penuh dengan rintangan dan halangan.. Alhamdulillah kesudahannya .. Allah berikan kejayan kepada kita yang tidak disangka-sangka.. Terima kasih sebab pernah tolong aku masa aku susah..

Banyak sangat jasa yang hampa buat demi keutuhan ukhwah kita.. moga allah balas dengan balasan yang setimpal atas usaha kita.. Rindu tu jangan cakap laa.. walaupun jumpa sat jaa.. tapi dia punya feel tu hanya allah jaa yg tahu.. huhuhu.. banyak sgat2 kenangan yng pernah kita cipta.. sedih,gembira,riang,tawa.. byak sgat weh., tak terhitung

Bila dah masuk alam universiti ni.. mulaa laa sibuk dengan tugas masing2.. macam dalam gambo tu..Kett takdak .. sebabnya dialah orang yang terawal masuk IPT.. Rasa tk lengkap bila tk cukup org ni..

Bila dah jumpa ramai2 ni.. mula laa pakat throwback kisah-kisah silam.. yang lawak,sengal,senoi .. semua laaa.. Tak akan habis kalau nk crita.. sebabnya setiap orang ada pendapat dan pendirian sendiri..

bila pi asrama tu .. mula laa nak buat benda2 yang dulu2 otai pernah buat.. hahahahah.. kononnya otai yang berpengalaman laaa.. tapi kantoi gak macam mana pon.. letak laa kat mana pon.. bila ada lagi yang lagi otai.. mmg kena laaa kitaaa..

banyak sangat yg aku nak luah sebanaqnya.. tapi berperingkat laaa yerrr..

AYUHLAH SAHABATKU

 Allah hadirkan kepada kita kawan-kawan untuk menceriakan hidup tatkala kita diuji dengan kesedihan,kemurungan dan tekanan.. merekalah menjadi tempat untuk kita mengadu dan meluahkan sesuatu selain ibu bapa di rumah.. pilihlah kawan yang mampu menjadikan diri kita sebagai hamba allah yang sentiasa ingat kepadaNYA .. jangan kita jadi kawan yang memusnahkan impian dan harapan kawan kita sendiri.. jangan kita yang ikut cara orang.. tapi biarlah depa yang ikut kita.. dengan cara kita yang paling terbaik yang pernah kita lakukan.. biarlah nak dianggap apa pon.. jadilah kita sebahagian manusia yang mampu mebimbing sahabat ke arah kebaikan
 tatkala dirimu diuji.. maka ingatlah bahawa allah itu maha adil dan tidak akan membebankan hambanya selain ujian yang mampu dipikul oleh dirinya sendiri.. maka jalan yang utamanya .. senyumlah walaupon pahit.. walaupun dihina , dikeji dan segala perbuatan yang menjatuhkan kita.. anggaplah ianya sebagai satu ujian yang allah bagi untuk menaikkan darjat kita sebagai seorang hamba yang lebih bertakwa.
ketika mana allah berikan rezeki padamu.. jangan pernah melupakan sahabatmu yang selalu melawak dan meriangkan hatimu.. tanpa mereka .. sunyilah kehidupan kita sebagai seoarang pelajar yang masih lagi dalam suasana menuntut ilmu. hargailah mereka saat mereka masih bersama kita.. jangan bila dah tiada baru dikenang
gurauan kasar tu adalah perkara biasa dalam kita bersahabat.. jadi bila mana adanya perbalahan diantara kita.. cepatlah rendahkan egomu .. beralah diantara kamu supaya ketegangan yang memuncak akan kembali kendur dek kerana egomu mampu diatasi.. Allah hadirkan kawan-kawan ni bertujuan untuk mematangkan kita dalam pergaulan... mungkin bila dilihat secara menyeluruh mungkin dianggap biasa.. tetapi bila diteliti.. rupa-rupanya banyak faedah dan kelebihannya.. contohnya kta dapat tahu perangai sebenarnya sama ada mengjengkelkan,menyusahkan dan sebagainya.. jadi berkawanlah sehingga mampu dianggap sebagai sahabat yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk sahabatnya di dunia dan akhirat...

Bila dah dapat kawan baru nii.. barulah terbuka sikit minda kita dalam berfikir hikmah dan kelebihan allah jadikan manusia ni berbangsa dan berpuak-puak.. Subhanallahh..

Dalam kita berbicara, sudah semestinya wujud perselisihan sama ada dalam perkara yang baik mahupun buruk... Tapi ingatlah bahawa , semua yang berlaku itu ada hikmahnya yang tersendiri.. tipulah kalau berkawan tak bergaduh,tak terkasar bahasa dan sebagainya.. semua itu terjadi kerana dengan pengalaman itulah kita akan mengingati kawan2 yang pernah kita sakiti , disakiti dan lebih pada itu.. jadikanlah persahabatan itu sebagai hubungan diantara kita jika diri kita memerlukan bantuan,pertolongan dan nasihat..