DON'T JUDGE THE BOOK BY IT'S COVER
blog ini ditubuhkan sebagai kenang-kenangan di angin rindu #sahabat/kawan_selamanya
Tuesday 23 October 2018
DONE #1
Friday 10 August 2018
#Throwback Part 1
SELAMANYA~
Depa ni laa yang palingggggg aku rindu sebabnya kami bersama selama 5 tahun dalam menepuh liku2 perjalanan yang penuh dengan rintangan dan halangan.. Alhamdulillah kesudahannya .. Allah berikan kejayan kepada kita yang tidak disangka-sangka.. Terima kasih sebab pernah tolong aku masa aku susah..Banyak sangat jasa yang hampa buat demi keutuhan ukhwah kita.. moga allah balas dengan balasan yang setimpal atas usaha kita.. Rindu tu jangan cakap laa.. walaupun jumpa sat jaa.. tapi dia punya feel tu hanya allah jaa yg tahu.. huhuhu.. banyak sgat2 kenangan yng pernah kita cipta.. sedih,gembira,riang,tawa.. byak sgat weh., tak terhitung
Bila dah masuk alam universiti ni.. mulaa laa sibuk dengan tugas masing2.. macam dalam gambo tu..Kett takdak .. sebabnya dialah orang yang terawal masuk IPT.. Rasa tk lengkap bila tk cukup org ni..
Bila dah jumpa ramai2 ni.. mula laa pakat throwback kisah-kisah silam.. yang lawak,sengal,senoi .. semua laaa.. Tak akan habis kalau nk crita.. sebabnya setiap orang ada pendapat dan pendirian sendiri..
bila pi asrama tu .. mula laa nak buat benda2 yang dulu2 otai pernah buat.. hahahahah.. kononnya otai yang berpengalaman laaa.. tapi kantoi gak macam mana pon.. letak laa kat mana pon.. bila ada lagi yang lagi otai.. mmg kena laaa kitaaa..
banyak sangat yg aku nak luah sebanaqnya.. tapi berperingkat laaa yerrr..
AYUHLAH SAHABATKU
tatkala dirimu diuji.. maka ingatlah bahawa allah itu maha adil dan tidak akan membebankan hambanya selain ujian yang mampu dipikul oleh dirinya sendiri.. maka jalan yang utamanya .. senyumlah walaupon pahit.. walaupun dihina , dikeji dan segala perbuatan yang menjatuhkan kita.. anggaplah ianya sebagai satu ujian yang allah bagi untuk menaikkan darjat kita sebagai seorang hamba yang lebih bertakwa.
Dalam kita berbicara, sudah semestinya wujud perselisihan sama ada dalam perkara yang baik mahupun buruk... Tapi ingatlah bahawa , semua yang berlaku itu ada hikmahnya yang tersendiri.. tipulah kalau berkawan tak bergaduh,tak terkasar bahasa dan sebagainya.. semua itu terjadi kerana dengan pengalaman itulah kita akan mengingati kawan2 yang pernah kita sakiti , disakiti dan lebih pada itu.. jadikanlah persahabatan itu sebagai hubungan diantara kita jika diri kita memerlukan bantuan,pertolongan dan nasihat..
Friday 16 February 2018
GERBANG TARBIAH ISLAMIAH
Friday 19 January 2018
KEM BINA SAHSIAH 2017
Pergiku membawa diri....
TAMATLAH AKU SEBAGAI PELAJAR MAAHAD
Friday 4 August 2017
Friday 14 July 2017
Thursday 18 May 2017
😔 #Ngaji... Teks khutbah imam Masjidil Haram tentang bahayanya media sosial, ia panjang tapi bacalah pelan2, MUSIBAH AKHIR ZAMAN?
Imam Masjidil Haram Asy-Syaikh Su’ud Asy-Syuraim ketika membaca khutbah Jumaat beliau berkata:
"Adakah kita tidak melihat perubahan dalam hidup kini setelah masuknya Whats App, Facebook, Instagram dan lain-lainnya dalam kehidupan kita?
Hal ini merupakan ghazwul fikri (perang pemikiran) yang menyerang akal, namun sangat sayang kita telah tunduk padanya dan kita telah jauh dari deen Islam yang lurus dan dari zikir kepada Allah Ta'ala.
Kita telah menjadi penyembah-penyembah dan penagih Whats App, Twitter, Facebook, Youtube, Instagram dan seangkatan dengannya.
Kenapa hati kita menjadi keras? Itu akibat seringnya kita melihat video yang mengasyik dan melalaikan dan juga kejadian2 yang di share di Whats App.
Banyak perkara pelik-pelik dan hiburan di sana sini yang melalaikan.
Hati kita kini mempunyai kebiasaan yang tidak lagi takut pada sesuatu pun. Oleh itu hati mula mengeras seperti batu.
Kenapa kita berpecah belah dan kita putus tali persaudaraan?
Kerana kini silaturrahim kita hanya melalui Whats App saja, seakan-akan kita bertemu di alam maya sahaja setiap hari.
Namun bukan begini tata cara bersilaturrahim dalam agama Islam. Kita bongkak dengan diri kita, teknologi di hujung jari kita ada.
Kenapa kita sangat sering mengumpat, padahal kita tidak sedang duduk dengan seorang pun.
Itu kerana saat kita mendapatkan satu message yang berisi ghibah (umpatan) terhadap seseorang atau suatu kelompok, dengan cepat kita sebar ke group2 lain.
Dengan begitu cepatnya kita mengghibah (mengumpat), sedang kita tidak sedar berapa banyak dosa yang kita dapatkan dari hal itu setiap hari.
Sayang sungguh, kita telah menjadi penagih teknologi ini.
Kita makan, handphone ada ditangan kiri kita. Kita duduk bersama teman-teman, HP ada di genggaman.
Suami-isteri tidak bertegur. Isteri lupakan kebaikan suami. Terlalu sibuk dengan handphone di tangan.
Berbicara dengan ayah dan ibu yang wajib kita hormati, akan tetapi hand phone ada di tangan pula.
Sedang memandu, HP juga di tangan. Hinggakan anak-anak kita pun telah kehilangan kasih sayang dari kita, kerana kita telah berpaling dari mereka dan lebih mementingkan handphone.
Aku tidak ingin mendengar seseorang yang memberi pembelaan pada teknologi ini. Kerana sekarang, jika sesaat saja HP kita tertinggal betapa kita merasa sangat kehilangan.
Adakah perasaan seperti itu ada juga pada ketika solat dan tilawatul Quran?
Adakah kita yang mengengkari hal ini? Dan siapakah yang tidak mendapatkan perubahan negatif dalam kehidupannya setelah masuknya teknologi ini pada kehidupan seseorang muslim dan setelah menjadi ketagih?
Demi Allah, siapakah yang akan menjadi teman kita nanti di kubur? Apakah Handphone?
Mari kita sama-sama kembali kepada Allah, jangan sampai ada hal-hal yang menyibukkan kita dari tanggungjawab dan agama kita.
Kita tidak tahu berapakah sisa-sisa umur kita.
Jangan disembunyikan nasihat ini, agar tidak menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu.
Semoga handphone yang kita miliki adalah wasilah (alat) untuk kebaikan dan bukan wasilah dalam keburukan.
Wallahu a'lam...