Friday 10 August 2018

AYUHLAH SAHABATKU

 Allah hadirkan kepada kita kawan-kawan untuk menceriakan hidup tatkala kita diuji dengan kesedihan,kemurungan dan tekanan.. merekalah menjadi tempat untuk kita mengadu dan meluahkan sesuatu selain ibu bapa di rumah.. pilihlah kawan yang mampu menjadikan diri kita sebagai hamba allah yang sentiasa ingat kepadaNYA .. jangan kita jadi kawan yang memusnahkan impian dan harapan kawan kita sendiri.. jangan kita yang ikut cara orang.. tapi biarlah depa yang ikut kita.. dengan cara kita yang paling terbaik yang pernah kita lakukan.. biarlah nak dianggap apa pon.. jadilah kita sebahagian manusia yang mampu mebimbing sahabat ke arah kebaikan
 tatkala dirimu diuji.. maka ingatlah bahawa allah itu maha adil dan tidak akan membebankan hambanya selain ujian yang mampu dipikul oleh dirinya sendiri.. maka jalan yang utamanya .. senyumlah walaupon pahit.. walaupun dihina , dikeji dan segala perbuatan yang menjatuhkan kita.. anggaplah ianya sebagai satu ujian yang allah bagi untuk menaikkan darjat kita sebagai seorang hamba yang lebih bertakwa.
ketika mana allah berikan rezeki padamu.. jangan pernah melupakan sahabatmu yang selalu melawak dan meriangkan hatimu.. tanpa mereka .. sunyilah kehidupan kita sebagai seoarang pelajar yang masih lagi dalam suasana menuntut ilmu. hargailah mereka saat mereka masih bersama kita.. jangan bila dah tiada baru dikenang
gurauan kasar tu adalah perkara biasa dalam kita bersahabat.. jadi bila mana adanya perbalahan diantara kita.. cepatlah rendahkan egomu .. beralah diantara kamu supaya ketegangan yang memuncak akan kembali kendur dek kerana egomu mampu diatasi.. Allah hadirkan kawan-kawan ni bertujuan untuk mematangkan kita dalam pergaulan... mungkin bila dilihat secara menyeluruh mungkin dianggap biasa.. tetapi bila diteliti.. rupa-rupanya banyak faedah dan kelebihannya.. contohnya kta dapat tahu perangai sebenarnya sama ada mengjengkelkan,menyusahkan dan sebagainya.. jadi berkawanlah sehingga mampu dianggap sebagai sahabat yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk sahabatnya di dunia dan akhirat...

Bila dah dapat kawan baru nii.. barulah terbuka sikit minda kita dalam berfikir hikmah dan kelebihan allah jadikan manusia ni berbangsa dan berpuak-puak.. Subhanallahh..

Dalam kita berbicara, sudah semestinya wujud perselisihan sama ada dalam perkara yang baik mahupun buruk... Tapi ingatlah bahawa , semua yang berlaku itu ada hikmahnya yang tersendiri.. tipulah kalau berkawan tak bergaduh,tak terkasar bahasa dan sebagainya.. semua itu terjadi kerana dengan pengalaman itulah kita akan mengingati kawan2 yang pernah kita sakiti , disakiti dan lebih pada itu.. jadikanlah persahabatan itu sebagai hubungan diantara kita jika diri kita memerlukan bantuan,pertolongan dan nasihat..

No comments:

Post a Comment